Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

1 Jan 2012

cerita hari

Di hari yang indah terpancar suria pagi dengan nur yang indahh.....
Terbitlah matahari yang bersinar terang......
Dengan manusia yang berhulur-hilir di jalan raya.....
Dengan kesibukan bandar yang sesak...
Aku bangun dari tiduuuu yang lena
Bermulalah hari yang ceriya.....

4 Oct 2011

Perjalanan selepas mati

Kali ini aku hendak memperkenalkan ikhwah kepada karangan Imam al-Haddad yang masyhur dengan jodol "Sabilul Iddikar wal I'tibaar". Satu karangan yang cukup bernilai. Karangan yang membicarakan dan memperjelaskan mengenai fasa-fasa kehidupan yang telah dan akan dilalui oleh seseorang insan bermula di alam arwah sejak dari penciptaan Nabi Adam a.s. sehinggalah ke kehidupan yang kekal abadi di Syurga atau di neraka (moga-moga Allah jadikan kita sekalian dan ibubapa kita dari kalangan ahli syurga dan bukannya ahli neraka, aaaamiiin). Kitab ini telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu oleh almarhum Habib Ahmad BinSemait rhm. dengan jodol "Peringatan Tentang Umur Insan" dalam edisi Rumi dan Jawi. Juga diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris oleh Dr. Mostafa al-Badawi (murid Habib Ahmad Masyhur al-Haddad rhm.) dengan jodol "The Lives of Man". Aku syorkan ikhwah untuk mendapatkannya dan membacanya, mudah-mudahan ada manfaatnya pada menambah ilmu, melembutkan hati dan memantapkan amalan. Kalau dapat carilah yang dalam bahasa asalnya dan mengajilah dengan guru-guru yang betul, kerana pada terjemahan Melayunya itu masih kedapatan sedikit kekeliruan atau kesilapan terjemah (mudah-mudahan Allah memberi ganjaran pahala setinggi-tingginya kepada almarhum Habib Ahmad BinSemait dan menghapuskan salah-silapnya dan menggantikannya dengan hasanah yang berlipat ganda), bagi terjemahan Inggeris aku tak berani nak komen sebab aku belum berkesempatan untuk mentelaahnya.

Penghujung umur dunia ini adalah dengan memasuki gerbang barzakh atau alam kubur. Imam al-Haddad rhm. telah menyenaraikan fasa-fasa kehidupan atau fasa-fasa umur seseorang insan dengan jelas dan dalam bahasa yang mudah dimengertikan orang awam seperti kita, di mana beliau r.a. telah menyenaraikan 5 fasa umur manusia seperti berikut:-

kehidupan roh di alam arwah yang kesudahannya dengan dilahirkan ke alam dunia;
kehidupan di dunia berkesudahan dengan memasuki alam barzakh;
kehidupan di alam barzakh berkesudahan dengan dibangkitkan untuk hari Mahsyar;
kehidupan Mahsyar berkesudahan dengan memasuki syurga atau neraka;
kehidupan akhirat yang kekal abadi, sama ada di syurga atau di neraka.

1 Oct 2011

Bangun dan sujud pada tengah malam amalan Rasullah serta sahabat



SAIDINA Abu Bakar al-Siddiq adalah seorang sahabat Rasulullah SAW yang amat penyedih. Apabila beliau membaca ayat Allah, air matanya tidak dapat dibendung. Hatinya begitu lembut, sensitif dan cepat tersentuh.

Saidina Umar pula suka mengingatkan dirinya terhadap hari perhitungan. Ketakutan sentiasa menguasai hatinya. Wajahnya diguris bekas aliran tangisan yang terus-menerus mengalir mengingat hari perjumpaan dengan Allah kelak.
Ketika dalam keadaan sakit tenat yang membawa kepada kematiannya, beliau berkata, kepada anaknya Abdullah bin Umar: “Letakkan pipiku di atas tanah.” Abdullah melarang dengan lembut sambil berkata: “Wahai ayah, bukankah itu akan membuatmu semakin sakit?”Umar berkata lagi: “Aku tidak peduli, letakkan aku di atas tanah, celakalah aku jika Tuhanku tidak merahmati aku!”
Tangisan adalah ubat bagi hati yang keras. Ia mendatangkan cahaya dan membersih daripada kekotoran dosa, manakala berlebihan tertawa dan bersenda gurau membawa kepada kelalaian, mengeraskan hati dan mengeruhkan kesuciannya.
Rasulullah SAW suatu ketika bertemu sahabat yang tertawa sambil bergurau. Baginda SAW bersabda maksudnya: Jika kamu semua mengetahui seperti apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan banyak menangis dan sedikit tertawa.”

29 Sept 2011

Kesalahan kerap wanita tentang aurat wanita

PERTAMA=AURAT ADALAH MEMAKAI TUDUNG SAHAJA
KEDUA=BERTUDUNG,TETAPI BERKEMEJA-T BERLENGAN PENDEK
KETIGA=BERTUDUNG,TETAPI KEBARUNGNYA TERBELAH KAIN
KEEMPAT=BERTUDUNG,TETAPI BERBAJU SENDAT,SEMPIT DAN NIPIS LALU MEMAPARKAN BENTUK KAWASAN-KAWASAN MUDA'MENGGODA'
KELIMA=BERTUDUNG, TETAPI MENAYANGKAN JAMBUL DAN HUJUNG RAMBUTNYA KEENAM=BERTUDUNG.TETAPI HANYA MEMAKAINYA KE PEJABAT SAHAJA. TIDAK DI SEKITAR RUMAH,PASARAYA,SEKOLAH DAN SEBAGAINYE
KETUJUH=BERTUDUNG,TETAPI TUDUNGNYA DILEPAR KE BELAKANG LEHER, MAKA TERDEDAHLAH BAHAGIAN DADA DARIPADA TERTUTUP
KELAPAN=BERTUDUNG TETAPI TUDUNGNYA AMAT NIPIS SEHINGGA BOLEH DILIHAT SANGGUL,LEHER,TENGKUK DAN DADANYA.

SEBAHAGIAN WANITA MENYANGKA BAHAWA TUTUP AURAT ITU ADALAH TUTUP RAMBUT SAHAJA,INI TIDAK TEPAT SAMA SEKALI...ASASNYA ADALAH DARIPADA FIRMAN ALLAH TAALA YG BERMAKSUD:

"HENDAKLAH MEREKA ITU MELABUHKAN TUDUNGNYA SAMPAI KE DADANYA DAN JANGAN LAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.." SURAH AN-NUR AYAT 31

28 Sept 2011

salam kenalan

sebagai pembukaan blog ini, saya ingin menyampaikan salam perkenalan buat rakan-rakan blogger yg baru juga lama....saya budak baru belajar,harap2 sudi tunjukkan..hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...